Biaq Betui!!! Drakula Baca Quran

Bila korang mengakhiri zaman kanak2 korang, apakah yang perlu anda buktikan? Keberanian? Kehandsoman? Ada byk mitos mengenai kewujudan hantu dan beberapa jenis hantu telah menjadi begitu fofular di kalangan rakyat Malaysia.Hantu Kak Limah, Drakula Nabil Raja Lawak, Suster Ngesot dan geng2 hantu lain telah berjaya memboloskan diri mereka di kalangan rakyat tempatan. Kalau korang tengok cerita omputeh, memang drakula2 ni handsome. Count Dracula merupakan bapak segala drakula dan dipercayai telah menerbitkan Dracula production untuk filemnya sendiri supaya tersebar keseluruh dunia.


Di dalam filem yang bertajuk Drakula dudududu dudu itu, beliau menggunakan pelakon Hollywood sebagai hero di dalam ceritanya. Patut lah handsome padahal handsome kah beliau? Inilah sejarah count drakula.

Handsome kah?

Muka Ganas!
Gambar Di Atas menunjukkan muka2 count drakula yang di petik dari beberapa filem drakula. Meh kita tengok wajah sebenar Count Drakula.

Sejarah Sebenar Count Dracula

Wajah Sebenar Drakula.
Handsome ke ERMGKKK?
Inilah wajah sebenar Count Dracula atau nama sebenar beliau ialah Vlad Dracula @ Vlad tepes @ Vlad ||| The Impaler. Dracula ni ialah pemerintah kerajaan di Walachia, Romania dari 1456-1462. Penulis dari Ireland yang bernama Bram Stoker telah menyebabkan semua orang takutkan drakula. Beliau telah menulis buku Dracula pada 1897 dan memang seram buku tu. Seram x seram korang judge la kalau pada 1913 ada 10 jilid buku dah berjaya diterbitkan. 

Balik kepada Count Drakula ni, dia ni ada seorang adik yang telah memeluk Islam dan mengikut hala tuju Sultan Mehmed ||. Count pula dimasukkan ke dalam penjara atas kelakuannya yang ganas dan karakternya yang bengis dan suka membenci. Setelah beliau dibebaskan, beliau telah belajar menguasai beberapa bahasa. Beliau boleh membaca Quran dengan lancar! 

Bila beliau meningkat dewasa, beliau aktif dengan aktiviti peperangan dan penaklukan. Musuhnya iaitu Kerajaan Ottoman telah berjaya menewaskan Vlad dan beliau cuba bangkit setelah meminta pertolongan dari sekutunya iaitu Matthias Corvinus. Malangnya, Matthias memalsukan dokumen perjanjian dan menjadikan alasan untuk bermusuhan dengan Vlad. Akhirnya, beliau cuba bangkit pada 1474 tetapi beliau telah terbunuh semasa berperang dengan kerajaan Ottoman. 

Sejarah bagaimana Drakula menghisap darah manusia bermula dengan kekejaman Count Drakula @ Vlad. Pemerintah diktator ini dikatakan telah membunuh 80000 nyawa manusia. Vlad menggunakan teknik memancung, mengelar, membakar, menyiat kulit, dan menyajikan daging manusia kepada saudara mangsa pembunuhan. Beliau juga mempunyai tempat makan bersebelahan dengan tempat mangsa dibunuh. 

Sanggupkah anda makan begini?
Nampak macam ada ayam golek!
 Begitulah kisah bagaimana penulis Bram Stoker mendapat ilham menjadikan drakula penggemar Coca-Cola edisi Darah. Situasi sama mungkin berlaku pada cerita dongeng rakyat Raja Bersiong. Kalau betul darah itu sedap, buat apa jual 100 Plus? ERMGKKK!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Reactions to this post

Add Comment
  1. Nur Syazana Mohammed Sani said... July 11, 2011 at 3:08 AM

    erk ,. loye tekak ,. xkan ler sanggop erk makan macam gitu =='

    moh la tinggal kan kutukan bernas d entry terbaru zana ^^

    http://syazanasani88.blogspot.com/2011/07/have-kit-kat-have-break.html

  2. Ridzuan Azizah (Wedding Films) said... July 11, 2011 at 1:02 PM

    dah time tu xdak ajinamoto kot...

Post a Comment